SarawakYES!

  • Home
  • Career Advice
  • Education
  • Digital Economy
✕

Apakah yang patut saya lakukan selepas ditemuduga?

Career Advice

Apakah yang patut saya lakukan selepas ditemuduga?

sarawakyes.com April 3, 2015

Baru sahaja melalui proses temuduga? Tahniah kerana berjaya sampai ke peringkat ini!

Eh, tetapi apakah yang perlu saya lakukan selepas ini?

Adakah memadai untuk saya menunggu sahaja jawapan daripada pihak penemuduga?

Jawapannya: TIDAK. Masih ada yang boleh dilakukan untuk memastikan peluang anda cerah.

hEbXfqa - Imgur gif1
Tinggalkan bilik temuduga dengan bergaya dengan harapan anda berjaya!

Kita sering lupa bahawa jawatan yang dipinta mungkin dipohon oleh puluhan atau ratusan graduan. Alamak, jadi macam mana nak jadi outstanding daripada calon yang lain, tanya anda.

Bertenang…. Kalau anda berfikir begitu, ini bermaksud anda serius dalam memburu perkerjaan. Berita baiknya adalah proses mencari kerja tidak berakhir selepas temuduga tamat. Masih ada lagi perkara-perkara penting yang perlu kita lakukan.

5 PERKARA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SELEPAS TEMUDUGA

gif2
Berdesup pulang ke rumah dan tunggu saja keputusan?

1. “No duty is more urgent than that of returning thanks.”

Itulah pepatah dalam Bahasa English yang memberi maksud tiada perkara lain yang lebih penting dari mengucapkan terima kasih apabila diberi peluang.

Mereka yang mempunyai sikap rendah diri dan mesra akan sentiasa diingati. Hubungi dan ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan bahagian sumber manusia mereka. Bukan membodek tetapi sebagai tanda berterima kasih atas kesudian mereka untuk memanggil anda untuk ditemuduga. Panggilan telefon, emel, surat, gunakan semua saluran yang ada. Majikan mengambil pekerja baru bukan semata-mata berdasarkan rekod kerja dan prestasi, tetapi juga menitikberatkan sikap dan kebolehan bersosial. Jadi, gunakan peluang ini untuk membuat mereka kagum dengan usaha anda walaupun sesudah temuduga. Mana tahu, kalau anda tidak berjaya kali ini mereka mungkin tergerak hati untuk menghubungi anda di masa hadapan!

gif 3
Helo? Saya Tommy. Terima kasih meluangkan masa menemuduga saya tadi.

2. Minta pendapat atau maklumbalas daripada penemuduga tentang portfolio anda

Sebenarnya ini bergantung kepada industri yang anda ceburi. Sekiranya temuduga anda memerlukan anda menunjukkan portfolio, pastikan anda guna peluang ini untuk mendapatkan nasihat, pendapat atau maklumbalas. Ini berguna kerana anda boleh memperbaikinya untuk kegunaan di masa depan. Jangan malu-malu untuk bertanya, kerana mereka lebih arif dalam bidang masing-masing dan, nasihat daripada profesional adalah percuma! Yang penting, sentiasa rendah diri dan akui yang anda masih banyak perlu diperbaiki.

edykOat - Imgur gif 4
Bila majikan terpesona dengan kualiti portfolio anda.

3. Mohon untuk terus kekal berhubung

Errrr… ini bukan bermaksud di Whatsapp atau di Facebook… walaupun tiada siapa kata ia salah. Yang dimaksudkan di sini adalah kekalkan perhubungan secara profesional. Secara idealnya, di LinkedIn (kalau anda tiada akaun LinkedIn, mungkin sekarang adalah masanya!) sebagai contoh. Ini bukan sahaja mampu meluaskan jaringan profesional anda, malah anda mungkin akan kembali bertemu mereka di masa hadapan, sama ada dalam temuduga lain atau sebagai rakan sekerja! LinkedIn merupakan saluran yang sangat berguna untuk survival di industri, jadi tak kira sama anda baru tamat belajar atau ingin bertukar kerja, LinkedIn merupakan ‘senjata’ utama anda! Buat yang tidak mengetahui, LinkedIn adalah seperti Facebook tetapi untuk tujuan profesional. Tanpa gosip, video kucing dan jemputan bermain Candy Crush. 🙂

q19B9 - Imgur gif 5
Apabila jaringan profesional terjalin di LinkedIn.

4. Buat susulan selepas seminggu dua temuduga tamat.

Ini merupakan sambungan daripada tip pertama. Tidak salah untuk bertanya keputusan kepada mereka. Anda ingin tahu keputusan temuduga anda dan ini adalah normal. Ini juga penting untuk memberitahu mereka anda serius tentang jawatan dipohon. Anda tidak ingin buang masa dan sekurang-kurangnya jika tidak berjaya, anda boleh memikirkan langkah seterusnya. Jika tidak berjaya, tanyalah kepada mereka apakah yang anda perlu perbaiki di masa hadapan. Tetapi jangan pula menghubungi mereka setiap hari kerana ia menjengkelkan.

13908316971190685083 gif 6
Penantian akhirnya membuahkan kejayaan!

5. Elakkan daripada bercakap atau komen tentang temuduga atau syarikat di rangkaian sosial

Ini penting! Di zaman serba canggih ini, majikan membuat pemeriksaan latar belakang calon di Internet sebelum menawarkan pekerjaan. Sekiranya anda mengatakan sesuatu yang kurang elok tentang mereka, anda mungkin menjejaskan peluang anda, apatah lagi jika anda sebenarnya melepasi temuduga dan mempunyai resume yang cemerlang. Majikan tidak mahu pekerja yang memburukkan syarikat, sudah tentulah mereka ingin elakkan daripada mempunyai calon yang yang serupa. Ingatlah, maklumat mengenai anda amat mudah didapati di Internet. Jadi, berfikir masak-masak sebelum meletakkan sebarang komen yang boleh menjejaskan peluang anda.

typing gif 7
Gosip tentang temuduga tadi ke tu?

Sebagai rumusannya, untuk bersaing dengan calon-calon lain, kita perlu menjadi proaktif dalam mengejar jawatan yang diingini. Kekalkan hubungan yang baik secara berterusan dengan bakal majikan dan tunjukkan minat untuk menyertai organisasi tersebut walaupun selepas proses temuduga. Namun demikian, lakukan dengan berhati-hati supaya anda nampak profesional.

Semoga panduan ini akan membantu anda dalam mengejar karier impian anda!

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmailby feather

Author: sarawakyes.com

Previous Article

A quality education in Sarawak

Next Article

Pursuing your education and career in Sarawak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Posts

More thoughts on the gig economy

More thoughts on the gig economy

How to boost your creativity with technology

How to boost your creativity with technology

Tech in the workplace – don’t be too dependent

Tech in the workplace – don’t be too dependent

Categories

  • Career Advice
  • Day in the Life
  • Digital Economy
  • Education
  • Newspaper Column
  • Resume and Cover Letter Advice
  • Sarawak Jobs
  • SarawakYES! News
  • Uncategorized

Latest Tweets

  • Tweet Avatar
    Jobs in the #gigeconomy can come in many shapes and sizes. Here are 5 rather #unusual ones.… https://t.co/uwvq3M3xQn

    1 day ago
  • Tweet Avatar
    The truth about the #gigeconomy? It's been around for more than 100 years (at least in recorded history). Check out… https://t.co/oQSa3isp6b

    2 days ago
  • Tweet Avatar
    Being part of the #gigeconomy may not be easy, but you can still survive (and thrive) in it. Here are a few ways to… https://t.co/VnzrPIS76t

    3 days ago

About SarawakYES!

SarawakYES! is an initiative aiming to build a better future for all Sarawakians. Working together with the people of Sarawak, we want to help them achieve their goals.

Tags

Bintulu Borneo career career advice careers conservation digital economy digital technology education employability engineer engineering entrepreneurship health interview job job application jobs Kuching Malaysia Miri networking personal personal development productivity professional Sarawak SarawakYES! Sibu skill skills startup STEM study success technical education technical training technology tips TVET university Vocational vocational education work workplace

Archives

Arba WordPress Theme by XstreamThemes.