SarawakYES!

  • Home
  • Career Advice
  • Education
  • Entrepreneurship
  • Digital Economy
✕

Mencorak Masa Depan Lebih Cemerlang Rakyat Sarawak

Career Advice

Chris Hughes February 16, 2015

Photos from around the SarawakYES! initiative.
Photos from around the SarawakYES! initiative.

Di SarawakYES!, kami menyedari rakyat Sarawak mempunyai potensi yang besar dalam bidang pendidikan dan juga pembangunan sumber tenaga kerja. Justeru, SarawakYes! berhasrat untuk membantu memacu rakyat Sarawak dalam usahanya untuk membina masa depan yang lebih cemerlang.

Pendidikan merupakan asas yang penting untuk mencapai kejayaan dan menyedari hakikat ini rakyat Sarawak wajar diberikan akses kepada segala peluang yang ditawarkan oleh bidang pendidikan. Ini membolehkan peluang pekerjaan dapat diwujudkan kelak boleh menjamin taraf hidup yang selesa untuk penduduk Sarawak sendiri.

Untuk itu, kami menyeru agar rakyat Sarawak bekerjasama dalam mengubah masa depan negeri kita agar lebih cemerlang!

Dengan wujudnya peluang pendidikan yang meliputi segenap aspek; baik profesional mahupun vokasional, dari pendidikan peringkat menengah kepada peringkat universiti dan kolej, setiap penduduk berhak mendapatkan peluang yang disediakan oleh sektor pendidikan serta melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk merealisasikan impian ini.

Di zaman yang moden ini, peluang untuk pembelajaran berada di mana-mana. Apa yang perlu hanyalah semangat untuk maju ke hadapan dan tidak berputus asa dalam menimba ilmu. SarawakYES! yakin peluang ini berada dalam jangkauan anda, dan hanya memerlukan sedikit dorongan untuk bermula.

Kita sedia maklum akan peranan pendidikan terhadap pembangunan kerjaya. Tapi anda mungkin tertanya-tanya, apakah yang ingin saya pelajari? Memilih jurusan atau latihan mungkin mendatangkan kerisauan di kalangan anda, terutamanya jika anda masih kurang pasti dalam perancangan kerjaya. Jika anda sudah tahu matlamat kerjaya anda, tahniah! Jika sebaliknya, anda tidak perlu risau kerana Sarawak Yes! akan membantu.

Sesudah tamat pengajian, anda mungkin akan menjalani latihan industri, atau terus melangkah ke alam pekerjaan.

Anda tentu berdebar-debar, betul?

Usah risau, kami di SarawakYES! akan memberi bimbingan kepada anda dengan menyediakan latihan dan tip-tip yang berguna dalam menghadapi dunia pekerjaan sekaligus merancang perjalanan kerjaya anda.

Kami percaya bahawa usaha dan komitmen tanpa mengenal erti lelah disertai pendidikan dan latihan yang sesuai adalah resipi kejayaan.

Mari kita bersama-sama memastikan Sarawak akan terus melahirkan tokoh-tokoh dan rakyat yang berjaya dari segenap segi dan merealisasikan impian Sarawak yang cemerlang!

Author: Chris Hughes

Next Article

Building a Better Future for all Sarawakians

Latest Posts

The Nature of Employment in Tourism

The Nature of Employment in Tourism

Creating a Career Development Plan

Creating a Career Development Plan

The Advantages and Challenges of Self-Employed Youth

The Advantages and Challenges of Self-Employed Youth

Categories

  • Career Advice
  • Day in the Life
  • Digital Economy
  • Education
  • Entrepreneurship
  • Newspaper Column
  • Resume and Cover Letter Advice
  • Sarawak Jobs
  • SarawakYES! News

About SarawakYES!

SarawakYES! is an initiative aiming to build a better future for all Sarawakians.

At SarawakYES! we want to help Sarawakians discover opportunities to pursue their dreams and achieve their goals.

An important part of this is providing them access to great education, which will allow them to start building careers and lives that are rewarding and enriching.

Through our blog and social media channels, we offer practical and useful information to help guide people on their journey towards attaining academic and career success.

Archives

Tags

Bintulu Borneo business career career development career path career planning careers digital economy digital entrepreneurship digital technology education employability employment engineering entrepreneur entrepreneurship job job application job search Kuching Malaysia Miri online entrepreneurship personal personal development personal management productivity Sarawak Sibu skills social media soft skills study technical education technical training technology tips TVET university vocational education work work experience workplace youth entrepreneurship
Arba WordPress Theme by XstreamThemes.