SarawakYES!

  • Home
  • Career Advice
  • Education
  • Entrepreneurship
  • Digital Economy
✕

Pengajian asas untuk menentukan halatuju ijazah

Career Advice, Education

Pengajian asas untuk menentukan halatuju ijazah

sarawakyes.com April 27, 2015

SarawakYES! telah berpeluang untuk menemuramah Shahminan Samion, seorang Eksekutif Pemasaran dari University College of Technology Sarawak (UCTS) semasa SCaT Fair 2015 yang telah dianjurkan pada bulan Mac lalu.

Melalui temubual ini, Shahminan telah berkongsi mengenai program Pengajian Asasi dan juga Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UCTS.

Q: Perkenalkan diri anda.

A: Nama saya Shahminan Bin Samion dan saya adalah Eksekutif Pemasaran dari University College of Technology Sarawak (UCTS).

Q: Ok. Bolehkah anda berkongsi mengenai kursus yang ditawarkan di UCTS?

A: Di UCTS, kami menawarkan Program Asasi (Foundation) kepada lepasan SPM untuk tempoh satu tahun. Buat masa ini, UCTS mempunyai dua Program Asasi iaitu Program Asasi Sastera (Foundation in Arts) dan Program Asasi Sains (Foundation in Science). Selepas menamatkan Program Asasi tersebut, mereka boleh mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda yang juga ditawarkan kepada lepasan STPM, Matrikulasi, UEC dan Diploma. Program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di UCTS ialah Pentadbiran Perniagaan, Perakaunan, Ukur Bahan, Sains Senibina, Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik (Tenaga), Teknologi Makanan, Rangkaian Komputer dan Kejuruteraan Perisian.

Q: Adakah UCTS menawarkan program Diploma dan Ijazah?

A: UCTS tidak ada menawarkan mana – mana program Diploma. UCTS hanya menawarkan Program Asasi untuk lepasan SPM. Manakala, Program Ijazah Sarjana Muda pula di tawarkan kepada lepasan STPM, Asasi/Matrikulasi, UEC dan Diploma.

Q: Apakah yang perlu dikenalpasti oleh bakal pelajar sebelum mereka memilih kursus di UCTS?

A: Minat adalah paling utama. Minat yang mendalam terhadap sesuatu bidang boleh mendorong pelajar untuk lebih fokus dalam pembelajaran. Oleh sebab itu, sebelum pelajar memilih mana-mana kursus di UCTS, kami akan memberi khidmat kaunseling kepada mereka bagi mengenalpasti bidang yang diminati agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

Q: Baik. Bagaimana pula dengan bantuan kewangan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian mereka?

A: UCTS ada menawarkan biasiswa kepada pelajar lepasan SPM yang layak dan ingin melanjutkan pengajian dalam Program Asasi (Foundation). Untuk Program Sarjana Muda, pelajar boleh memohon bantuan untuk membiayai kos pembelajaran daripada pihak MARA, PTPTN, Yayasan Sarawak, Tabung Bakun, Baitulmal dan agensi-agensi yang lain.

Q: Bagaimana dengan syarat kemasukan? Pemilihan kursus?

A: Kami sentiasa memberi peluang kepada pelajar – pelajar yang memenuhi syarat kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di UCTS. Semua program yang ditawarkan di UCTS mempunyai syarat kelulusan yang tertentu. Informasi syarat kemasukan dan pemilihan kursus boleh diperolehi di laman sesawang kami di www.ucts.edu.my

Q: Bagaimana UCTS membantu pelajar yang sudah menamatkan pengajian mereka dalam mencari peluang pekerjaan kelak?

A: UCTS merupakan institusi pengajian yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Oleh itu program yang ditawarkan berkait rapat dengan keperluan dan peluang pekerjaan yang ditawarkan oleh sektor pembangunan negeri Sarawak. Projek SCORE merupakan salah satu projek mega yang akan menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Sarawak. Bagi memastikan graduan UCTS mendapat peluang pekerjaan, kaedah pembelajaran di UCTS menitikberatkan gabungan teori dan praktikal dimana ia akan dapat membentuk pelajar untuk lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan.

Q: Okay. Soalan terakhir dari kami di SarawakYES!, apakah perkara yang menyeronokan boleh dialami sekiranya melanjutkan pengajian di Sarawak?

A: Berdasarkan pengalaman saya sendiri, perkara yang pertama adalah kos sara diri yang rendah, kedua adalah faktor persekitaran yang sesuai untuk aktiviti pembelajaran dan ketiga adalah negeri Sarawak mempunyai pelbagai etnik dimana pelajar boleh mempelajari budaya serta gaya hidup masyarakat Sarawak.

Author: sarawakyes.com

Previous Article

A Day in the Life of a Commis Chef

Next Article

A Day in the Life of a Conservation Worker

Latest Posts

The Nature of Employment in Tourism

The Nature of Employment in Tourism

Creating a Career Development Plan

Creating a Career Development Plan

The Advantages and Challenges of Self-Employed Youth

The Advantages and Challenges of Self-Employed Youth

Categories

  • Career Advice
  • Day in the Life
  • Digital Economy
  • Education
  • Entrepreneurship
  • Newspaper Column
  • Resume and Cover Letter Advice
  • Sarawak Jobs
  • SarawakYES! News

About SarawakYES!

SarawakYES! is an initiative aiming to build a better future for all Sarawakians.

At SarawakYES! we want to help Sarawakians discover opportunities to pursue their dreams and achieve their goals.

An important part of this is providing them access to great education, which will allow them to start building careers and lives that are rewarding and enriching.

Through our blog and social media channels, we offer practical and useful information to help guide people on their journey towards attaining academic and career success.

Archives

Tags

Bintulu Borneo business career career development career path career planning careers digital economy digital entrepreneurship digital technology education employability employment engineering entrepreneur entrepreneurship job job application job search Kuching Malaysia Miri online entrepreneurship personal personal development personal management productivity Sarawak Sibu skills social media soft skills study technical education technical training technology tips TVET university vocational education work work experience workplace youth entrepreneurship
Arba WordPress Theme by XstreamThemes.