JMU 2024 Zon Sarawak II melibatkan lebih daripada 64 peserta pempamer dari pelbagai institusi pendidikan, menyediakan platform komprehensif untuk pelajar lepasan SPM, STPM, dan yang setaraf mendapatkan maklumat mengenai peluang pengajian tinggi dan biasiswa
Biasiswa Pasca Siswazah Sarawak adalah satu inisiatif penting yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Yayasan Sarawak untuk membantu pelajar cemerlang yang melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan.
Keutamaan diberikan kepada IPTS milik Kerajaan Negeri Sarawak untuk memastikan lebih ramai anak tempatan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
Bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) pula dipilih sebagai keutamaan kerana ia merupakan tunjang kepada pembangunan ekonomi dan teknologi pada masa kini.
Penglibatan dalam bidang-bidang ini dapat memastikan Sarawak terus maju selaras dengan perkembangan global, terutama dalam industri berteknologi tinggi yang semakin penting dalam era revolusi industri 4.0.
Syarat Kelayakan dan Proses Pemilihan
Untuk memohon biasiswa ini, pelajar mestilah warganegara Malaysia dan anak jati Sarawak, di mana sekurang-kurangnya seorang daripada ibu bapa mereka adalah seorang Sarawak.
Selain itu, pelajar juga perlu lulus dengan cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau peperiksaan yang setaraf dengannya.
Bagi pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat ijazah pertama, mereka perlu memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00.
Proses pemilihan bagi Biasiswa Pasca Siswazah Sarawak juga melibatkan penapisan ketat melalui sesi temuduga.
Ini bagi memastikan hanya calon yang benar-benar layak dan berpotensi tinggi dipilih untuk menerima biasiswa ini.
Pengajian yang dibiayai oleh biasiswa ini mestilah dijalankan secara sepenuh masa bagi memastikan pelajar dapat menumpukan separuh perhatian kepada pengajian mereka.
Manfaat Biasiswa
Biasiswa Pasca Siswazah Sarawak menawarkan pelbagai manfaat yang meliputi semua aspek pengajian.
Selain yuran pengajian, pelajar juga menerima elaun sara hidup, elaun buku, elaun alat perkakas, elaun latihan amali, dan elaun tesis. Ini memastikan bahawa pelajar tidak perlu risau tentang kos pengajian dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembelajaran mereka.
Bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di luar negara, mereka juga akan diberikan tiket penerbangan pergi dan balik sekali sepanjang tempoh pengajian.
Ini merupakan satu kemudahan yang amat bermakna, terutamanya bagi pelajar yang perlu berjauhan dari keluarga dan menghadapi kos perjalanan yang tinggi.
Memperkukuhkan Pembangunan Negeri
Pelajar yang dipilih diharapkan dapat kembali ke Sarawak setelah menamatkan pengajian dan menyumbang kepada pembangunan negeri dalam bidang-bidang kritikal seperti teknologi, sains, dan keputeraan.
Inisiatif ini juga seiring dengan visi Sarawak untuk menjadi negeri yang maju dan berdaya saing, dengan sumber manusia yang berkualiti dan berkemahiran tinggi. Dengan adanya tenaga kerja yang berpengetahuan dalam bidang STEM, Sarawak dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing dan memastikan kemakmuran jangka panjang untuk negeri dan rakyatnya.
Biasiswa Pasca Siswazah Sarawak merupakan satu peluang emas bagi pelajar cemerlang yang ingin melanjutkan pengajian dalam bidang STEM.
Dengan manfaat yang komprehensif serta sokongan penuh daripada kerajaan negeri, biasiswa ini mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan di Sarawak.
Pelajar yang menerima biasiswa ini bukan sahaja mendapat manfaat peribadi tetapi juga berpeluang untuk memainkan peranan penting dalam membangunkan negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang.
Rujukan
Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. (n.d.). Psc.sarawak.gov.my. https://psc.sarawak.gov.my/web/subpage/webpage_view/148
Biasiswa. (2024). Yayasansarawak.org.my. https://yayasansarawak.org.my/my/biasiswa/
https://news.uitm.edu.my/author/admin. (2024, June 20). IPSis Berada di Jom Masuk U 2024 Sibu, Sarawak. UiTM News Hub. https://news.uitm.edu.my/ipsis-berada-di-jom-masuk-u-2024-sibu-sarawak/
izzuddin. (2024, April 15). Permohonan Biasiswa BYSTT & YBSTAR Sarawak 2023/2024. Student Portal. https://studentportal.my/biasiswa-sarawak-ybstar-bystt-2024-2025/
Peringkat Pasca Siswazah dan Profesional – Majlis Amanah Rakyat. (n.d.). https://www.mara.gov.my/bm/pendidikan/pembiayaan-pelajaran/peringkat-pasca-siswazah/
Suara Sarawak. (2024, August 8). Peluang Biasiswa Peringkat Ijazah Sarjana Bidang Kejuruteraan Untuk Anak Sarawak Tahun Hadapan. Suara Sarawak. https://suarasarawak.my/peluang-biasiswa-peringkat-ijazah-sarjana-bidang-kejuruteraan-untuk-anak-sarawak-tahun-hadapan/