Mohd. Shamyrzan Fitri Shamsudin berkongsi dengan SarawakYES! baru-baru ini tentang matlamat dan impian kerjaya beliau semasa menghadiri Sarawak Career and Training (SCaT) Fair 2015.
Ikuti isi perbualan dengan beliau di blog kami:
Q: Apakah cita-cita anda? apakah kerjaya yang menarik minat anda?
A: Saya bercita-cita ingin menjadi seorang ahli politik yang berjaya. Saya semestinya meminati bahagian pemerintahan tentang isu politik… Perkara yang mengenai pentadbiran.
Q: Kenapa anda memilih kerjaya di bidang pentadbiran?
A: Saya yakin dan saya percaya untuk menjadi masyarakat yang baik, kita perlu memberi balik dengan komuniti dengan menjadi salah seorang politik dan berbakti kepada masyarakat dan semestinya negara.
Q: Bagaimana anda membuat keputusan dalam memilih kerjaya?
A: Saya memikirkan soal minat semestinya ada juga kemampuan untuk saya cenderung ke arah tersebut sebab kalau kita lihat dari aspek contohnya dalam sains dan perkiraan bukan bidang saya. Oleh itu, saya menganggap perkara itulah yang perlu dipertimbangkan oleh belia.
Q: Apakah cabaran besar yang dihadapi dalam memilih kerjaya ini?
A: Semestinya cabaran terbesar adalah persaingan dan juga peluang. Tetapi itu bukan satu halangan untuk golongan belia, haruslah terus mencuba nasib dan terus mempertaruhkan apa saja yang mereka miliki dari segi personaliti dan akademik mahupun apa segala yang mereka ada untuk ditonjolkan kepada bakal majikan meraka.
Q: Apakah tujuan anda berkunjung ke SCatFair hari ini?
A: Tujuan saya ke SCaT Fair ini adalah untuk melihat dan menilai peluang yang saya akan dapat pada masa depan. Dan ini merupakan satu pusat informasi yang cukup baik untuk belia seperti saya.
Q: Pada pandangan anda, adakah SCatFair dapat membantu anda mencapai cita-cita?
A: Ya semestinya, kalau anda lihat SCaT Fair ini bukan sekadar menawarkan ‘Education Fair’ tetapi adanya bahagin temuduga untuk pekerjaan. Dan bagi yang sedang menganggur ini satu peluang yang cukup baik yang perlu diambil oleh semua lapisan masyarakat.